“Si Aznie tu cute, kan? Suka kawan dengan dia. Orang lain pun cakap macam tu. I’m glad they are both in our club.” Kata Seri sambil tersenyum kepada Shahrin. Dia melihat mata
Shahrin terus kepada pokok ru yang meruncing seperti mahu membelah langit.
“Okay lah tu...” jawab Shahrin dengan malas.
“I think she likes you...”
“Siapa?”
“Aznie.”
“Takdelah!”
“Betul!”
“Mana you tahu?”
“Hello.. I perempuan, ok! For sure I tahu!”
“Entahlah.” Shahrin menaikkan kedua belah bahunya. “You cemburu ke ni?”
“No. Of course not.” Kata Seri dengan yakin. “I know you’re crazy about me.”
-diadaptasi dari novel Nizam Zakaria-
-dapatkan secara percuma di sini