View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 24-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Outstation
|
|
"Takkan takde orang lain yang boleh ganti u? Kan banyak lagi officer² lain yg sama department dengan u? Dah la kena pegi 6 bulan pulak tu", Shahrin bertanya. Ada sedikit nada marah dan kecewa dalam pertanyaannya. Berita yang baru Seri sampaikan kepadanya tadi serba sedikit membuatkan cuaca pada hari itu terasa lebih panas.
"They all semua kan dah pegi last year. U jugak yang tak kasi I ikut diorang last year, kan? U kata, next year boleh pegi. Haa, sekarang ni suruh I pegi next year lagi. Macam tu, sampai bila² pun I tak dapat nak pegi." Seri menjawab, sedikit merajuk.
"I bukannya tak kasi u pegi. Tapi, Perth tu jauh sangat! Kalau apa2 terjadi kat u, nanti I jugak yang susah. I know that seminar is important for your job, but.."
"Haa, tau pun kursus tu penting." Seri mencelah. "And u know what? I heard next year kursus tu nak dibuat kat Melbourne. Laaagii jauh dari Perth. I tak kisah kalau pegi Melbourne, orang kata lagi cantik scenery kat sana", Seri cuba menduga Shahrin.
Hai, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Hendak dihalang, seminar yg diadakan setiap tahun oleh syarikat Seri sememangnya penting utk kerjaya Seri. Sesiapa sahaja yang dihantar ke seminar itu, akan dinaikkan pangkat sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur. Tapi kalau dibiarkan Seri pergi, habis rosak rancangan Shahrin. Rancangan yang difikirkannya sejak 3 bulan lalu akan musnah begitu sahaja. 6 bulan pun bukannya sekejap. Satu tempoh perpisahan yang lama bagi Seri dan Shahrin, yang berjumpa paling kurang 3 kali seminggu sejak mereka berkenalan.
"Ala, u tak payah la risau. My officemate kata, Perth tu ok. Very² low crime rate. Lagipun tempat seminar tu is within city area, so i dont think there will be any problem. And I'll call u. And I'll send u letters and postcards, ok?", Seri cuba memujuk.
Shahrin tidak menghiraukan orang lain yang lalu lalang di KLCC Gardens itu. Tumpuannya sekarang hanya pada Seri, yang akan bertolak ke Perth minggu depan. Dia membisu. "Nak kasi ke tak?", hatinya berbisik. Akhirnya Shahrin membalas, "Ok, I kasi u pegi. But make sure u look after urself, ok? U know how much I'm worried when u go out there alone by urself."
Seri tersenyum. Gembira. Terharu dengan keprihatinan Shahrin. Teringat kata Farah dan Nisah semasa mereka di kolej dahulu. He's a very caring guy, kan, Shahrin tu? Beruntung la sape dapat jadi girlfriend dia. Ternyata Shahrin lelaki idaman ramai perempuan, Seri tak terkecuali. Tup tup, Seri yang dapat menawan hati Shahrin. Alangkah indahnya perasaan Seri waktu itu.
"But there's a problem, Seri", kata² Shahrin menyedarkan Seri dari lamunannya. "I have this very big meeting that day dengan DBKL. I cant miss that meeting. I think I tak dapat hantar u pegi airport."
"Takpe, u kasi I pegi pun dah cukup baik. I really dont mind. Bukannya kita tak dapat jumpa lagi, kan? Lagipun I can ask Dollah to send me. Dia tu kan rajin hantar² orang pegi airport ni. Agaknya Alin dengan Yana pun nak ikut sama."
"Hmm, that's fine. Lega sikit hati I ni. Haaa, sebab I tak dapat hantar u hari tu, apakata hari ni kita pegi jalan²? I terasa nak makan seafood kat Bagan Lalang la."
"That's a very good idea! Nak pegi bila? Like, now?"
"Eh, nanti la. I nak solat Zohor jap. Lepas tu kita pegi la, ok?"
"Ok!!"
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|