Want your
own Fotopage?










 
abdila ezanee's

By: abdila ezanee

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-Apr-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Aku, Kau & Dia



Nadya Iryani bt Syukri.
Satu nama yang membawa seribu satu pengertian kepada Shahrin.
Satu nama yang pastinya membuatkan Shahrin termenung seketika.

Gadis yang manis, campuran cina dan melayu. Wajahnya bersih, muka bujur sirih. Rambut ikal mayang ditocang tiga. Lesung pipit di pipi, matanya sedikit sepet.

Shahrin diperkenalkan pada Nadia melalui seorang kawan. Waktu itu mereka sama-sama masih menuntut di UiTM Perak. Lama kelamaan, hubungan mereka semakin baik, hasil penggunaan teknologi SMS. Hampir setiap masa mereka saling berSMS, di kelas, di kolej, sehinggakan di rumah ketika cuti semester pon mereka saling berhubungan, juga melalui SMS.

Tiada siapa tahu tentang hubungan mereka, yang hanya berhubung melalui SMS. Tak pernah keluar dating, tak pernah call pon. nampaknya mereka lebih suka begitu agaknya. Tersenyum sendirian di hadapan skrin telefon.

Dipercepatkan cerita, mereka berpisah apabila tamat sahaja pengajian. tiada lagi SMS. Segalanya mati begitu saja. Diam. Shahrin kemana, Nadia pula kemana. Shahrin tak kisah. Nadya pun tak kisah agaknya.
_____________________________________________________________________


Seminggu sebelum Seri bertolak ke Perth, Shahrin menerima satu pesanan SMS. Shahrin tidak tahu siapa pengirimnya.

Quote:
A'kum.Awak Shahrin kn?Ni Nadya la.Ingat lagi tak?Got ur no from a friend of mine.care 4 a cuppa coffee?bole kte borak2 pjg.c ya!


______________________________________________________________________


3 bulan sebelum Seri bertolak ke Perth, Shahrin sudah ada rancangan untuk Seri. Bukan olok-olok punya rancangan. Plan besar ni. Hasrat dihati melonjak-lonjak. Shahrin ingin melamar Seri, untuk menjadi isterinya. menjadi teman sehidup semati. Sepatutnya sudah Shahrin laksanakan tahun lepas. itulah sebabnya dia menghalang Seri bertolak ke Australia tahun lepas. tapi ada pula masalah lain yang menghalang. adiknya kemalangan, dan sebagai abang yang sulung, Shahrin terpaksa menanggung segala perbelanjaan kerana hanya dia sudah bekerja.

Tapi, tahun ini, Seri bertolak juga ke Australia. Namun, sehingga kini tiada khabar berita yang Shahrin terima, melainkan hanya 2 SMS yang Seri kirim:

Quote:
Hi!watpe? i dah sampai Perth ni. Jap lg nak pegi hotel. ok, i'll get back 2 u later. jaga diri tau! bubye!


Quote:
Hi! watpe? our seminar dah nk start ni. Perth mmg cantik! dun hav much time, gtg. jaga diri tau! bye!


______________________________________________________________________


Untuk melamar Seri, Shahrin sudah merancang segalanya....

Tanggal 22 Mei, harijadi Seri, Shahrin akan membawanya ke Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur. Makan malam ditemani cahaya dua batang lilin di atas meja, beserta pemandangan Lembah Klang yang begitu indah di malam hari. dan dengan sedikit upah/tips, lagu Selamat Hari Jadi akan berkumandang di restoran itu, didatangkan juga kek coklat blackforest dari coffeebean yang sememangnya menjadi kegemaran Seri.

Selesai sahaja makan malam, mereka akan menuju ke lif untuk turun ke bawah. Apabila terbuka sahaja pintu lif, mereka akan disambut dengan jambangan bunga ros merah. Dan pada waktu itulah Shahrin akan melamar Seri.


Romantik bukan?

Tapi semua itu tinggal kenangan. Tak mungkin terjadi pada tahun ini.

Tahun depan? Masih kabur.

Tapi apa yang tak kabur?

Nadya Iryani bte Syukri.

Wah, jiwang gile..
Apsal lately ni tukar konsep lak..
Hmmm.. mesti tgh DAP ni,
Fri 7-Apr-2006 14:13
Posted by:yg selalu klik
hehe
nak jadi pencerita pula ye?
Sat 8-Apr-2006 11:09
Posted by:aiyeen  - [Link]
yg slalu klik : DAP tu apa?

aiyeen: skali skala rasa mcm nak tukar angin kejap.. hehehe
Sun 9-Apr-2006 05:42
Posted by:abdila  - [Link]
nih cite betul ke..rekaan semata2? Mon 10-Apr-2006 03:37
Posted by:za  - [Link]
citer best..... Mon 10-Apr-2006 06:24
Posted by:pari2  - [Link]
best gak citer nih...nak tulis novel ker? Mon 10-Apr-2006 09:23
Posted by:ed sh  - [Link]
La.. tak tau ke, ni istilah dolu2 kut..
'DAP'~ Dalam Alam Percintaan
Tue 11-Apr-2006 22:11
Posted by:yg selalu klik
makin suspense cerita ko ni. Kalau aku awek pegi jauh tak sms2 and lost contact 2 bulan, then gf lama datang mari heheheh aku calo dulu lahhh yg dgn kat perth tu dia tak reply sms ke? email pun tadek ke? pempuan kalau dah lupa macam tu it's either she's too superior workaholic or she have another boyfriend there Fri 14-Apr-2006 05:45
Posted by:SN  - [Link]
cite makin mengancam..
macam kenal je gbr tu amik dr mana, dr atas saville kan?
p/s: watak2 utama tu tak marah ke dijadikan bhn cite??
Tue 18-Apr-2006 02:36
Posted by:yg selalu klik
uish...mana tau gambar tu dari atas saville?
musykil gak nih...
Tue 18-Apr-2006 06:45
Posted by:abdila  - [Link]
camne tau?
Sebab kita pun amik gak,
but tak jadi....blur..
Tue 18-Apr-2006 23:25
Posted by:yg selalu klik
ermm ,abg musykil la kak ngah baca sume ni.ada pe2 ke?wakakkaka Tue 3-Jul-2007 06:01
Posted by:diana_mary dianameri@tm.com.my

aik, macam kenal je name tu!!
Wed 25-Jul-2007 09:29
Posted by:Shahrin szarch83@hotmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.